KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah dari stesen tren terpilih dengan bayaran RM0.50 sehala.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai permulaan, stesen yang terlibat adalah transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai dan LRT Melati.
“Kerajaan juga bersetuju memberi tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY,” katanya yang juga Perdana Menteri. – UTUSAN