PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan RM415,129 daripada Koswip 

PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan RM415,129 daripada Koswip 

MAJLIS penyerahan zakat perniagaan daripada Koperasi Koswip Malaysia Berhad (Koswip) kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Koperasi Koswip Malaysia Berhad (Koswip) berjumlah RM415,129.

Pembayaran zakat tersebut diserahkan oleh Pengerusi Koswip, Datuk Khairul Walid Mohamed kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman.

Khairul Walid berkata, pihaknya turut koperasi-koperasi yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur agar dapat bersama membuat pembayaran zakat perniagaan melalui pusat pungutan zakat MAIWP supaya zakat ini boleh disalurkan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan. 

“PPZ-MAIWP juga menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat untuk dimanfaatkan semula kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.. 

Laporan Tahunan kewangan Koswip menunjukkan pengurusan dan tadbir urus yang kukuh sehingga dibuktikan melalui dividen yang diagihkan kepada ahli pada 2023 sebanyak 11.8 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya