Polis tumpaskan sindiket pengedaran dadah di Segamat

Polis tumpaskan sindiket pengedaran dadah di Segamat

AHMAD Zamry Marinsah menunjukkan dadah yang dirampas selepas tiga lelaki ditahan di sekitar Felda Palong Timur 2, Batu Anam, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Sindiket pengedaran dadah di daerah ini tumpas selepas tiga lelaki dipercayai ahli kumpulan itu ditahan polis bersama sejumlah dadah bernilai kira-kira RM37,420 di Batu Anam, Segamat, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, tangkapan pada 16 Oktober itu melibatkan suspek lelaki berusia antara 31 hingga 37 tahun kira-kira pukul 1 pagi, di kawasan sekitar Felda Palong Timur 2, Batu Anam, Segamat.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut ke atas tiga lelaki berkenaan menemukan dadah jenis heroin seberat kira-kira 1,494.60 gram dan methamphetamine berat kira-kira 0.50 gram.

“Siasatan dijalankan mendapati semua suspek adalah warga tempatan dan tiada pekerjaan tetap. Modus operandi mereka menggunakan motosikal untuk menghantar bekalan dadah.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk bekalan sekitar daerah Segamat dan ia boleh digunakan untuk 4,000 penagih,” katanya ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menyita dua buah motosikal dan nilai sitaan termasuk wang tunai bernilai RM11,644.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah, wang tunai dan sitaan adalah RM49,064. Siasatan dijalankan juga mendapati sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini di sekitar Segamat.

“Siasatan lanjut ke atas suspek masih dijalankan untuk mengetahui ke mana dadah terbabit akan dihantar.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif serta semakan rekod lampau mendapati mereka mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama 10 hari sehingga 26 Oktober ini bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya