Polis tumpaskan sindiket edar ganja di Pulau Pinang

Polis tumpaskan sindiket edar ganja di Pulau Pinang

SEBAHAGIAN daripada dadah jenis ganja yang dirampas dalam empat serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja susulan penahanan lima suspek termasuk tiga wanita tempatan dalam beberapa serbuan di negeri ini, semalam.

Dalam serbuan tersebut, sebanyak 47 bungkusan dadah dipercayai ganja yang dianggarkan seberat 26.23 kilogram (kg) bernilai RM115,000 turut dirampas.

HAMZAH AHMAD

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, terdahulu, pihaknya telah melancarkan satu operasi terancang di beberapa lokasi di negeri ini bermula kira-kira pukul 4 petang kelmarin hingga pukul 5 pagi, semalam.

Katanya, empat serbuan dibuat secara serentak dalam operasi itu dan polis berjaya menangkap kelima-lima suspek yang berusia antara 24 tahun hingga 36 tahun kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja.

“Kesemua mereka telah ditahan di kawasan parkir kereta di George Town. Polis juga merampas tiga beg berzip pelbagai jenama di dalamnya mengandungi 35 bungkusan plastik lutsinar dadah jenis ganja anggaran berat 20.13 kg bernilai RM65,960,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hamzah, tindakan susulan dilakukan pada tarikh yang sama dan pihak polis telah menyerbu sebuah rumah di kawasan Ayer Hitam serta berjaya merampas sejumlah dadah di situ.

“Antara yang dirampas termasuk tiga bungkusan plastik lutsinar berisi tumbuhan-tumbuhan kering yang di dalamnya mengandungi dadah jenis ganja seberat 1.50 kg bernilai RM18,640.

“Selain itu, polis turut merampas sembilan bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering yang di dalamnya mengandungi dadah jenis ganja dengan anggaran berat 4.60 kg bernilai RM30,400,” katanya yang memberitahu, hasil risikan mendapati, sindiket itu bergiat aktif sejak pertengahan tahun ini dengan memfokuskan pasaran tempatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya