35 laporan terhadap Siti Hajartul berhubung penipuan emas RM25.4j

35 laporan terhadap Siti Hajartul berhubung penipuan jualan emas RM25.4 juta

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini menerima sebanyak 35 laporan polis terhadap Siti Hajartul Haini Abd. Hamid berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian RM25.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata, sehingga kelmarin, sebanyak 35 laporan polis diterima membabitkan enam lelaki dan 29 wanita berusia 29 hingga 60 tahun.

Menurutnya, laporan polis tersebut membabitkan lapan negeri dengan terbanyak di Kedah iaitu sebanyak 18 laporan polis.

“Mereka terdiri 21 orang kakitangan kerajaan, sembilan pekerja swasta dan lima orang bekerja sendiri,” katanya kepada ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, wanita dikehendaki polis, Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian jutaan ringgit ditahan, semalam.

Wanita berusia 37 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.

Menurutnya, suspek ditahan selepas tiba di lapangan terbang sebaik tiba ke negara ini dari Dubai.

Wanita itu hari ini dibawa ke mahkamah di Jitra, Kedah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Ahad lalu, media melaporkan 100 mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya dengan harga emas 916 yang lebih rendah daripada pasaran oleh wanita dikenali Siti Hajartul Haini Abd Hamid sejak dua bulan lalu.

Kebanyakan mangsa yang bekerja di satu unit di sebuah hospital awam di Lembah Klang selain guru di beberapa negeri, kini diburu kerana menjadi orang tengah yang mengumpul wang berkenaan.

Sama seperti skim kutu yang memperdaya mangsa sebelum ini, pelabur ditawarkan dengan harga murah sehingga ada yang sanggup meminjam daripada saudara mara, rakan dan peminjam wang tanpa lesen semata-mata merebut ‘tawaran hebat’ terbabit.

Kebanyakan mangsa tampil membuat laporan kepada Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Dr. Mahmud Jumaat untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN