Polis tembak tayar suspek curi kabel kerana pandu secara bahaya

Polis tembak tayar suspek curi kabel kerana pandu secara bahaya

TAYAR kereta jenis Honda Civic yang pancit selepas terkena dua das tembakan daripada polis selepas pemandunya bertindak memandu secara merbahaya di Jalan Kelawei, di Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan pada tayar hadapan sebuah kereta jenis Honda Civic selepas pemandunya bertindak memandu laju sehingga membahayakan pengguna dalam kejadian di Jalan Kelawei di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu, polis turut menahan suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun.

Katanya, siasatan mendapati, suspek turut disyaki terlibat dalam kes curi kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Terdahulu, beliau berkata, anggota polis mula mengesyaki kelakuan mencurigakan suspek yang memandu berhampiran Bilik Pencawang TNB itu sebelum cuba menahannya untuk pemeriksaan.

“Suspek kemudian memecut kereta dan cuba melanggar anggota polis. Malah, kereta suspek juga dipandu secara berbahaya sebelum melanggar beberapa buah kereta lain di kawasan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Swee Sake, anggota polis kemudiannya terpaksa melepaskan tembakan pada tayar hadapan kereta suspek, namun, keretanya terus bergerak sehingga jarak 200 meter dari lokasi kejadian.

“Kereta suspek kemudian diberhentikan kerana tayar pancit dan suspek cuba melarikan diri daripada pihak polis.
Suspek akhirnya ditahan di kawasan pusat beli belah Midland di sini, kira-kira 500 meter daripada tempat suspek meninggalkan keretanya di Jalan Kelawei,” katanya yang memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya