Polis tembak mati penjenayah di Tanjung Malim - Utusan Malaysia

Polis tembak mati penjenayah di Tanjung Malim

AZIZI Mat Aris (tengah) dalam sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan melibatkan seorang penjenayah di Kota Malim Prima dekat Tanjung Malim, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, setakat ini, pihaknya sedang mendapatkan butiran lanjut berhubung kejadian berkenaan.

“Saya sahkan ada menerima laporan kejadian tembak-menembak di mana seorang penjenayah telah mati ditembak oleh sepasukan polis dari Bukit Aman.

“Kes baru berlaku pagi tadi, saya akan lihat sama ada kenyataan akhbar berkaitan kes ini akan dikeluarkan oleh polis Perak atau Bukit Aman,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Difahamkan, mayat suspek berkenaan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya