Polis tahan lelaki rogol anak berusia 14 tahun - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki rogol anak berusia 14 tahun

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Perbuatan keji seorang lelaki merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun terbongkar, selepas dia diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di Jeti Air Temin pada pukul 7.45 pagi.

“Laporan polis berkaitan kejadian ini dibuat pada pukul 12.23 tengah malam, semalam oleh mangsa yang mendakwa telah dirogol oleh bapa kandungnya dalam kejadian di Bersia.

“Berdasarkan siasatan, kejadian rogol itu berlaku kelmarin (Rabu) antara pukul 1 hingga 5 pagi. Mangsa telah dibawa membuat pemeriksaan di hospital sebelum hadir membuat laporan di balai polis,” katanya di sini.

Menurut beliau, berdasarkan semakan rekod lampau, suspek didapati memiliki rekod jenayah di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan bagi kesalahan sumbang mahram.

Katanya, permohonan reman terhadap lelaki terbabit dijalankan di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu dan suspek dibenarkan ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan.

“Siasatan lanjut ke atas suspek sedang dijalankan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya