Polis tahan lelaki acu objek menyerupai pistol semasa bertengkar 

Polis tahan lelaki acu objek menyerupai pistol semasa bertengkar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang bertindak menunjukkan objek menyerupai pistol dalam satu insiden pertengkaran di sebuah medan selera di Puchong, dekat sini mengundang padah apabila dia ditahan polis.

Penahanan itu dilakukan selepas satu rakaman video berdurasi 26 saat tular dalam media sosial berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, satu laporan diterima daripada pengadu memaklumkan, semasa dia berada di medan selera di Puchong telah menegur seorang lelaki supaya tidak merokok di dalam kawasan medan selera.

“Bagaimanapun, telah berlaku salah faham sebelum secara tiba-tiba suspek bertindak mengacukan sebuah objek menyerupai pistol ke arah perut pengadu.

“Suspek terus beredar dari lokasi berkenaan dan pengadu bertindak membuat laporan polis untuk keselamatan diri dan keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, atas maklumat, dua lelaki tempatan dan seorang wanita pemegang kad pemastautin tetap berusia lingkungan 39 tahun hingga 53 tahun ditahan.

Katanya, semakan mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah narkotik.

“Polis turut merampas objek menyerupai pistol berwarna hitam bersama satu kelopak dan dua butir peluru.

“Kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya