Polis siasat wanita buat kecoh di stesen minyak

Polis siasat wanita buat kecoh di stesen minyak

TANGKAP layar kes wanita membuat kekecohan di stesen minyak di Sungai Buloh di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berhubung kekecohan di sebuah stesen minyak di Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini membabitkan seorang wanita yang didakwa menyerang individu lain menggunakan sebatang buluh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan dibuat pada 10.36 malam tadi di Balai Polis Saujana Utama oleh penyelia stesen minyak terbabit.

Katanya, laporan itu mengatakan kejadian berlaku pada 7.50 malam apabila sebuah kereta dipandu wanita tersebut  diparkir di belakang sebuah kenderaan lain dan menyebabkan pemiliknya tidak boleh keluar.

“Pada masa sama, terdapat pelanggan lain berada di situ meminta pemandu wanita itu mengalihkan kenderaannya, namun telah dimarahi.

“Akibat itu, berlaku kekecohan selepas wanita itu telah cuba menyerang pelanggan tersebut dengan menggunakan sebatang buluh, namun dihalang orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, ekoran itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk hadir ke mana-mana balai berhampiran.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor A Aruneswaari di talian 012-6972996,” ujarnya.

Sebelum itu, tular beberapa rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita yang membuat kecoh di sebuah stesen minyak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya