Polis siasat kumpulan WhatsApp guna nama Ayob Khan

Polis siasat kumpulan WhatsApp guna nama Ayob Khan

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay tidak pernah mengendalikan sebarang kumpulan WhatsApp khas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, PDRM telah mengesan satu pesanan individu yang mengaku sebagai ‘Dato Ayob Khan Mydin’ di aplikasi WhatsApp ‘Friendship Group’ di platform aplikasi tersebut.

Kata beliau, perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta berpotensi memburukkan imej PDRM.

“PDRM akan bertindak tegas dan menjalankan siasatan terhadap pemilik nombor berkenaan berdasarkan lunas undang-undang terhadap individu yang cuba menggunakan nama pimpinan tertinggi PDRM mahupun orang lain sekiranya terkesan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan atas talian dan hendaklah sentiasa berwaspada,”katanya dalam satu kenyataan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya