Polis siasat kes buli babit anak Tam Spider

Polis siasat kes buli babit anak Tam Spider

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes buli membabitkan anak penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah dan pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, setakat hari ini, lima laporan polis diterima berkaitan isu itu.

“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kita sudah merakam percakapan mangsa dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Rustam atau lebih dikenali sebagai Tam Spider, 51, mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.

Dia kesal dengan pihak sekolah terbabit yang tidak peka dan tidak mengambil tindakan terhadap masalah buli di sekolah itu.

Susulan pendedahannya, beberapa ibu bapa di sekolah yang sama tampil membuat dakwaan serupa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya