PETALING JAYA: Polis meyerbu sebuah rumah jenis teres dua tingkat di Saujana Damansara, di sini semalam dan merampas 22 kotak yang setiap satu di dalamnya mengandungi 40 unit mercun jenis Happy Boom.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, serbuan dilakukan pada pukul 4.30 petang.
“Seorang lelaki tempatan yang mengaku membekalkan mercun-mercun tersebut ditahan.
“Tangkapan bersama barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM13,000.
“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – UTUSAN