Polis masih siasat motif lelaki Nepal cuba culik kanak-kanak

Polis masih siasat motif lelaki Nepal cuba culik kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca lelaki warga Nepal yang cuba menculik seorang kanak-kanak di Kuang, Rawang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya masih menjalankan soal siasat terhadap suspek. 

“Motif masih belum dapat disahkan memandangkan suspek baru sahaja keluar wad semalam.

“Soal siasat sedang diteruskan berkaitan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Polis menahan lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam cubaan menculik seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Kuang, Rawang dekat sini semalam. 

Kejadian itu turut tular apabila beberapa video menunjukkan lelaki itu diikat serta ditahan orang awam berhampiran lokasi kejadian. 

Media semalam melaporkan,  lelaki warga Nepal ditahan selepas menyamar sebagai tukang cuci sebelum cuba menculik kanak-kanak berusia dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bunga Raya, Kuang dekat sini. 

Mohd. Hafiz dilapor berkata, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 47 tahun menyatakan terdengar daripada jiran pengadu menjerit meminta tolong ada lelaki cuba menculik anaknya pada pukul 12.40 tengah hari, semalam. 

“Pengadu telah pergi ke rumah jiran dan terlihat lelaki berkenaan melarikan diri. 

“Susulan itu, pengadu bersama penduduk telah mengejar lelaki tersebut dan berjaya menahannya berhampiran kawasan pembuangan sampah, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Jelasnya, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu jenayah culik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya