Polis KL lupus dadah bernilai RM36.43 juta 

Polis KL lupus dadah bernilai RM36.43 juta 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa (empat kiri) menunjukkan antara dadah yang dilupuskan pada sidang akhbar pelupusan barang kes dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur Tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN / FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM36.43 juta serta peralatan memproses bahan terlarang tersebut yang dirampas sejak 2003 hingga 2023.

Barang kes dadah yang dilupuskan melibatkan sejumlah 2,844 kertas siasatan sejak tahun 2003 hingga 2023 yang selesai perbicaraan di mahkamah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pelupusan barang kes dilaksanakan mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D207 (Pelupusan Barang Kes).

Katanya, antara barang kes dadah utama yang akan dilupuskan terdiri daripada 285.53 kilogram (kg) methamphetamine bernilai RM 34.43 juta; 70.244kg MDMA (RM 1.05 juta) dan 8.815 kg heroin (RM 308,000).

“Turut dilupuskan 8.671kg kanabis (RM 433,000); 189.6 liter (lt) air ketum  (RM18,000) dan lain-lain bahan kimia digunakan untuk memproses dadah iaitu 1.9kg pepejal dan 786.3 liter cecair.

“Harga pasaran bagi kesemua dadah dianggarkan bernilai RM 36.43 juta dan boleh digunakan oleh 1.2 juta penagih,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, pelupusan akan dijalankan di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn. Bhd., Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

Jelasnya, bagi mematuhi kehendak piawaian alam sekitar, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur telah menggunakan khidmat dan kepakaran anak syarikat Kumpulan Cenviro Kualiti Alam Sdn. Bhd.

“Ia berdasarkan kewibawaan dan pengalaman mereka di dalam industri pengurusan sisa yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam melupus barangan berjadual.

“Usaha ini menggunakan fasiliti terbaru iaitu “scheduled waste to energy” atau insinerator yang menghasilkan tenaga baharu, teratur dan tiada pencemaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya