Polis kesan tiga saksi kes buang tong bahan kimia

Polis kesan tiga saksi kes buang tong bahan kimia

Kampung Desa Aman
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes pembuangan lapan tong bahan kimia dalam parit di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka merupakan saksi yang akan membawa kepada petunjuk kes tersebut.

“Ada maklumat dan kita mencari tiga orang saksi yang boleh bantu siasatan polis. Ada petunjuk.

“Kita ambil berat terhadap kes ini dan polis siasat seiring dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap tali air,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebanyak lapan tong dipercayai berisi bahan kimia dibuang secara haram ke dalam alur parit di kawasan perindustrian, Jalan Desa Aman pada 24 September lalu.

Kejadian itu dikesan kira-kira pukul 2 petang dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bergegas ke lokasi berkenaan.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin memaklumkan semakan mendapati kesemua tong itu tidak mempunyai label dan mengesan bau yang kuat seakan bahan kimia di lokasi pembuangan tersebut.

Polis kemudian telah mengambil keterangan tiga saksi terdiri daripada pihak bomba JAS dan orang awam.

Sisa kimia itu turut dihantar kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya