Polis kesan pemilik kenderaan langgar penunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi 

Polis kesan pemilik kenderaan langgar penunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi 

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi menghala The Mines Sri Kembangan, Kuala Lumpur pada 11 Oktober lalu.

Kejadian pada pukul 2.34 petang itu  tular dalam media sosial terutama menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya mengesan penularan video berkenaan pada pukul 7.07 malam tadi.

Kata beliau, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal itu sedang menghala ke susur masuk Lebuhraya Sungai Besi.

“Dalam masa yang sama, sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti telah datang dari arah Terminal Bas Bersepadu (TBS) melanggar lelaki itu menyebabkan motosikalnya hilang kawalan lalu terjatuh.

“Selepas kemalangan itu, pemandu tersebut tidak memberhentikan kenderaanya dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian itu mengakibatkan penunggang motosikal yang juga seorang lelaki berusia 40 tahun dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

“Polis masih mengesan kenderaan yang terlibat dan menggesa pemandu kenderaan serta pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam kemalangan tersebut tampil hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zuhairi di talian 017-9732731 atau pejabat JSPT,Kuala Lumpur, Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya