Polis kesan pemandu lori langgar motosikal

Polis kesan pemandu lori langgar motosikal

Lori langgar motosikal
SEBUAH lori mengubah haluan sehingga melanggar sebuah motosikal dekat KM 4.8 Lebuhraya Persekutuan, di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis mengesan seorang pemandu lori yang disyaki melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggangnya tercampak dan menghentam besi pembahagi jalan dekat Kilometer 4.8 Lebuhraya Persekutuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kedua-dua kenderaan berada pada arah sama, namun lori berkenaan melanggar motosikal jenis Yamaha FZ itu ketika bertukar lorong dari tengah ke kanan.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori itu mengubah haluan ke kanan dan melanggar motosikal berkenaan. Kedua-duanya datang dari arah sana dan akibat dari pelanggaran itu lelaki penunggang motosikal berusia 30 tahun terjatuh dan terlanggar besi pembahagi jalan.

“Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan belum tampil membuat laporan polis dan usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, susulan itu mangsa dihantar dengan ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan.

“Polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Dalam pada itu, Vijaya Rao menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu supaya tampil membantu siasatan di mana-ana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya