Polis kesan individu curi bateri kereta di Gombak

Polis kesan individu curi bateri kereta di Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan lelaki yang disyaki mencuri bateri sebuah kenderaan di tempat letak kenderaan Giant Batu Caves, Gombak dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian tersebut, semalam.

“Kita menerima laporan berhubung kejadian di Balai Polis Gombak pukul 1.32 pagi semalam.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini. 

Media semalam melaporkan satu video berdurasi 18 saat tular di X @AsalGombak yang memaparkan seorang lelaki membuka bonet depan sebuah kenderaan untuk mencuri bateri.

Video rakaman papan pemuka (dashcam) kereta menunjukkan lelaki terbabit melakukan kegiatan itu pada pukul 8.08 malam, Selasa lalu. 

“Berikut rakaman kes kecurian bateri kereta pada malam semalam di Giant Batu Caves. Laporan polis telah pun dibuat.

“Nampak senang betul dia buat ‘job’ tu. Jadi sentiasalah berhati-hati di mana jua anda tinggalkan kereta anda,” tulisnya. 

Setakat hari ini, video berkenaan telah ditonton lebih 125,000 pengguna X. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya