Polis cari lelaki berkelakuan tidak senonoh di kedai

Polis cari lelaki berkelakuan tidak senonoh di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di sebuah kedai di Subang Bestari, Sungai Buloh, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.24 tengah hari daripada remaja perempuan berusia 18 tahun.

Katanya, ketika remaja tersebut bersama rakannya berada di kedai itu, suspek masuk dan duduk di meja berhadapan dengan mereka.

“Suspek bertindak membuka zip seluar dan memainkan alat sulitnya di hadapan pengadu dan rakannya. Akibat kejadian itu pengadu dan rakan keluar dari premis terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan  dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu tindakan mengeluarkan perkataan atau  isyarat yang dimaksud  mengaibkan kehormatan seseorang. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh hadir di mana-mana balai polis yang berdekatan atau boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat Sarjan Darul Salam Mohamed di talian 013- 4519575 bagi membantu siasatan. 

“Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang perbuatan yang tidak bermoral sehingga menjejaskan ketenteraman awam terutamanya kepada masyarakat umum keseluruhannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya