Polis cari kereta sebabkan kenderaan lain terbabas di Puchong

Polis cari kereta sebabkan kenderaan lain terbabas di Puchong

TANGKAP layar rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain menunjukkan Perodua Myvi melanggar sebuah kenderaan sebelum meninggalkan lokasi kejadian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu laju dan membahayakan kenderaan lain di Lebuh Raya Damansara-Puchong pada 19 Oktober lalu. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, satu laporan polis telah diterima bersabit kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta di hadapan IOI Mall, Puchong.

“Kemalangan itu berlaku semasa kereta mangsa jenis Toyota Vios di lorong kanan tiba-tiba datang sebuah Perodua Myvi dari lorong kiri masuk ke laluan kereta mangsa.

“Kemalangan pada pukul 10.55 malam itu mengakibatkan kenderaan mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.  

Menurutnya, Myvi putih tersebut terus meninggalkan lokasi kejadian dan sehingga kini pemandunya  tidak tampilkan diri membantu siasatan. 

“Pemandu dan seorang penumpang Toyota Vios berusia dalam lingkungan 50-an tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis pada 20 Oktober. 

“Terdapat beberapa kerosakan pada keretanya seperti bahagian hadapan bumper, fender di kiri dan kanan, pintu depan di bahagian kiri serta rim hadapan,” katanya. 

Jelas Anbalagan, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Semalam, satu rakaman tular menunjukkan Perodua Myvi tersebut dipandu dalam keadaan bahaya dan bergerak laju di antara kenderaan-kenderaan lain sebelum memasuki lorong kanan secara tiba-tiba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN