Polis buru suspek serang peguam dengan besi hingga cedera

Polis buru suspek serang peguam dengan besi hingga cedera

LEE SWEE SAKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis sedang memburu dua suspek lelaki yang dipercayai menyerang seorang peguam sehingga cedera dalam kejadian di Persiaran Karpal Singh 2, di sini, Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa iaitu seorang peguam lelaki warga tempatan berusia 37 tahun menerima tujuh jahitan di kepala akibat cedera.

“Suspek adalah dua lelaki tempatan yang diupah. Mereka bersenjatakan batang besi dan dipercayai terdapat dalang di sebalik kejadian ini.

“Difahamkan suspek menaiki kereta dengan nombor plat palsu. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kejadian juga (dipercayai) bukan bermotifkan samun,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Badan Peguam Malaysia dalam satu kenyataan berkata, mereka terkejut dengan serangan yang berlaku terhadap seorang ahlinya pada 22 Oktober lalu.

Badan berkenaan menjelaskan, peguam itu diserang dengan kejam oleh dua penyerang yang tidak dikenali menggunakan batang besi sehingga menyebabkan mangsa cedera di kepala.

Kata mereka, serangan hendap yang dirancang itu bukan sahaja serangan terhadap individu terbabit, tetapi juga serangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Dalam pada itu, Swee Sake berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut kini dijalankan dari segenap sudut.

“Sehubungan itu, kami menyeru sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan pihak polis. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya