Polis bantuan maut motosikal ditunggang terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Polis bantuan maut motosikal ditunggang terlibat kemalangan

KEADAAN mayat dan motosikal Muhammad Aidi Kassim yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Che Lijah, Dungun, malam tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang polis bantuan maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Che Lijah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 malam, Muhammad Aidi Kasim, 25, yang juga merupakan pemain bola sepak Dungun FA meninggal dunia setelah mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kemalangan itu melibatkan motosikal yang ditunggang mangsa jenis Honda RSQ50R serta dua buah kereta iaitu Perodua Alza dan Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 19 dan 24 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila ketika mangsa yang sedang menunggang motosikal menghala ke tempat kerjanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi, tidak sempat mengelak Perodua Alza yang berada di bahu jalan sebelah kiri dan secara tiba-tiba masuk ke laluan motosikal itu yang sedang bergerak terus di jalan utama.

“Akibat jarak terlalu dekat, Muhammad Aidi tidak sempat mengelak lalu terlanggar pada bahagian tepi sebelah kanan Alza tersebut,” katanya.

Maizura berkata, kemudiannya datang pula sebuah Perodua Myvi dari arah Dungun, merempuh Muhammad Aidi yang terjatuh di atas jalan.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Alza dan Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya