Polis akan panggil Bloomberg - Rusdi

Polis akan panggil Bloomberg – Rusdi

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menyaksikan penyerahan tongkat kuasa antara Bekas Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ravindar Singh (kiri), kepada Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu, ACP Aidil Bolhassan (kanan), pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras, di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Bloomberg untuk siasatan lanjut, susulan dakwaan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, laporan kes itu dibuat SPRM susulan kenyataan dikeluarkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil di media sosial. 

“Setakat ini kita telah ambil keterangan dua orang iaitu pihak pengadu (SPRM) serta Isham. 

“Beberapa individu juga akan dipanggil khususnya daripada Bloomberg dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, hari ini.

Jelas Rusdi, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, media melaporkan kenyataan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed yang mengesahkan pihaknya telah merekod keterangan Isham di IPD Putrajaya.

“Isham sebelum itu mengeluarkan kenyataan menggesa Anwar menyaman Bloomberg mengenai dakwaan campur tangan dalam siasatan SPRM.

“Dia mencadangkan tindakan saman terhadap Bloomberg kerana menyiarkan laporan yang menyatakan Anwar meminta SPRM untuk tidak siasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kes beli saham bernilai jutaan ringgit,” katanya. 

Isham turut memaklumkan jika kenyataan Bloomberg itu tidak benar ia adalah fitnah yang berat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya