PMR Sayangi Sabah catat kunjungan tertinggi 485, 474 orang

PMR Sayangi Sabah catat kunjungan tertinggi 485, 474 orang

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah yang berlangsung selama tiga hari dari 18 hingga 20 Oktober lalu di Kompleks Sukan Likas mencatat rekod pengunjung tertinggi dengan 485,474 orang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pengisian program melibatkan pembukaan 36 unit reruai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah termasuk sektor swasta berjaya menarik bilangan pengunjung teramai sepanjang PMR diadakan sejak Disember tahun lalu.

Beliau berkata, sepanjang tiga hari itu sebanyak 215 perkhidmatan untuk rakyat, penglibatan 118 usahawan Jualan Madani, pameran aset oleh empat agensi kerajaan, 14 majikan di karnival kerjaya, 40 sesi libat urus pentas, 20 aktiviti luar, 28 perkhidmatan kos sara hidup dan 18 aktiviti agenda belia.

Program tersebut dilaksana dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai kementerian peneraju dan kerajaan negeri Sabah. 

Majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya