PM tiba di Jakarta sertai majlis pelantikan Presiden Indonesia

PM tiba di Jakarta sertai majlis pelantikan Presiden Indonesia

ANWAR Ibrahim disambut permaidani merah serta kawalan kehormatan oleh anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di lapangan terbang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi menghadiri upacara mengangkat sumpah Prabowo Subianto sebagai presiden baharu Indonesia yang akan berlangsung esok.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada jam 6 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Sebaik tiba, beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Menteri Pelaburan Indonesia, Rosan Roeslani.

“Ini merupakan detik penting bagi kedua-dua negara. Selain memenuhi undangan daripada kerajaan Indonesia, lawatan kerja Perdana Menteri akan mengukuhkan hubungan dua hala dan memperkasakan kerjasama ASEAN yang akan dipengerusikan oleh Malaysia pada tahun hadapan,” kata Syed Md Hasrin.

Anwar diberikn sambutan permaidani merah serta kawalan kehormatan oleh anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di lapangan terbang ketika nyanyian lagu kebangsaan dimainkan.

Beliau akan menyertai 20 ketua negara asing dan wakil lain pada majlis pelantikan yang bermula jam 10 pagi waktu tempatan di bangunan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR).

Pemimpin yang tiba sejak Jumaat akan mengambil bahagian dalam majlis pelantikan bersejarah itu, di mana Prabowo akan dilantik secara rasmi sebagai Presiden kelapan Indonesia.

Sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden 2024, Presiden Terpilih Prabowo dan Naib Presiden Terpilih Gibran Rakabuming Raka akan menggantikan Joko Widodo dan Ma’ruf Amin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya