PM tanam pokok Merbau di Parlimen simbolik pokok ke-100 juta

PM tanam pokok Merbau di Parlimen simbolik pokok ke-100 juta

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menanam pokok Merbau di laman Parlimen awal bulan depan sebagai tanda simbolik kejayaan pokok ke-100 juta.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Regina Mariah Jong berkata, acara khas itu menandakan pencapaian julung negara bersempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah skim Program Penghijauan Malaysia 2021-2025.

Inisiatif berkenaan dilancarkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam selaras dengan Dasar Perhutanan Malaysia bagi menyokong sifar karbon menjelang 2050 kelak.

Malah kempen penanaman itu membuktikan komitmen Malaysia sejajar Perjanjian Paris 2016 ditetapkan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Pemimpin kita bakal menanam pokok spesies Merbau atau nama saintifiknya iaitu Intsia palembanica di pekarangan Parlimen di Kuala Lumpur pada 5 November ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Mengulas lanjut, Regina memaklumkan, Merbau dipilih kerana ia juga merupakan Pokok Kebangsaan Malaysia yang telah diangkat secara rasmi pada 23 Ogos 2019 lalu.

“Spesies ini melambangkan keutuhan integriti hutan negara kita hasil pengurusan yang mampan serta usaha pemuliharaan kekayaan khazanah biodiversiti Malaysia,” jelasnya.

Merbau boleh ditemui di pesisiran lembah sungai Semenanjung Malaysia dan mengambil masa lambat membesar sehingga 80 tahun menjadi matang dengan ketinggian 55 meter.

Pokok ini turut disebut sebagai Anglai, Alai, Ipil, Malacca Teak atau Borneo Teak yang cukup kuat sesuai dijadikan perabot dengan kulit kayunya berwarna merah jambu kekelabuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya