PM pengerusikan pramesyuarat ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan

PM pengerusikan pramesyuarat ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan

KERETA membawa Ahmad Zahid memasuki Seri Perdana Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan untuk pramesyuarat yang berlangsung di Seri Perdana, di sini.

Pertemuan itu adalah persediaan sebelum bermula persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15, yang akan bersidang esok hingga 29 Oktober depan.

Dilihat memasuki Kompleks Seri Perdana mulai pukul 2.30 petang tadi adalah Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut hadir adalah Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil; Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya