PM dijadual rasmi Program Madani Rakyat di Sabah 19 Okt.

PM dijadual rasmi Program Madani Rakyat di Sabah 19 Okt.

ARMIZAN Mohd. Ali (kanan) semasa melawat tapak Program Madani Rakyat Sayangi Sabah di pekarangan Stadium Likas di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri dijadual merasmikan Program Madani Rakyat Sayangi Sabah di pekarangan Stadium Likas pada pukul 2.30 petang, 19 Oktober ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, program   tiga hari iaitu pada 18 hingga 20 Oktober itu adalah kesinambungan kepada program setahun bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, seperti  diumumkan Perdana Menteri dan  mengambil kira sambutan orang ramai terhadap penganjuran tersebut, pelaksanaan program ini diteruskan sepanjang tahun ini ke peringkat negeri mengikut zon. 

“Difahamkan setakat ini, pengunjung paling ramai adalah semasa Program Madani Rakyat  di Sarawak yang mencecah lebih 300,000 orang. 

“Jadi, kita berharap orang-orang Sabah dapat dapat mengalahkan jumlah itu, paling kurang pun kita boleh mencecah 400,000 pengunjung bagi PMR peringkat zon Sabah,” katanya semasa melawat tapak Program Madani Rakyat Sayangi Sabah di pekarangan Stadium Likas, di sini semalam.

Beliau berkata, antara objektif program tersebut bagi menawarkan perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat serta menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya