PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib

PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia maklum mengenai kebimbangan pemain industri mengenai cadangan kenaikan gaji minimum serta peningkatan sumbangan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti diumum pada Belanjawan 2025 lalu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, isu berkenaan telah dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.

“Beberapa keputusan atau pun pengumuman yang dibuat sewaktu pembentangan Belanjawan (2025) pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri sudah dimaklumkan mengenai pandangan ini.

“Sudah pasti beliau akan mengambil kira (semua pandangan serta kebimbangan) dan kita tunggu sebarang keputusan sewaktu penggulungan nanti, insya-Allah oleh pihak Kementerian Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) menyuarakan kebimbangan berhubung cadangan itu yang mungkin memberikan tekanan kewangan tidak mampu ditanggung perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutama pada saat perniagaan kecil masih dalam proses pemulihan selepas pandemik.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 yang lalu, kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Selain itu, kerajaan juga bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cadangan tersebut akan dilaksanakan secara berfasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya