PKR kukuh kerjasama dengan UMNO, BN - Utusan Malaysia

PKR kukuh kerjasama dengan UMNO, BN

ANWAR Ibrahim (tengah) disambut ahli PKR pada Konvensyen PKR Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: PKR akan mengukuhkan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat Biro Politik dan Majlis Pimpinan parti itu yang bermesyuarat semalam.

“Semalam kita mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan. Kita bincang hala tuju parti.

“Tentunya keputusan kita menyatakan hubungan kita dengan UMNO dan BN kalau di Semenanjung harus diteruskan dan harus lebih akrab lagi,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen PKR Perak di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar yang juga Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sementara itu, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, mesyuarat semalam juga memutuskan untuk mempercepatkan pemilihan parti.

Anwar berkata, beliau tidak bersetuju untuk menangguhkan pemilihan kerana pilihan raya umum masih jauh dan inilah masanya untuk menguruskan parti.

Beliau berkata, parti perlu memberi ruang kepada tenaga baru untuk berganding dengan tenaga lama yang lebih senior bagi memantapkan parti.

“Saya tidak setuju untuk menanguhkan (pemilihan) kerana pilihan raya masih lambat lagi, lebih baik kita urus parti supaya parti beri ruang kepada tenaga baru yang boleh berganding dengan tenaga lama yang lebih senior.

“Kita harus melihat kemungkinan menyegerakan pemilihan parti (tidak) dengan dulu hiruk pikuk, kacau bilau, kena ikut peraturan yg lebih teliti. Yang ini sedang kita kaji cuma keputusan kita harus disegerakan pemilihan,” katanya.

Menurut Anwar, parti harus melihat keperluan membina generasi dalam kalangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita,  mesti beri ruang kepada anak muda. (Peringkat) Cabang juga begitu.

“Apabila ada pemilihan, (jawatan) Presiden pun boleh dicabar. Tapi itulah namanya musyawarah, bagi ruang kepada anggota untuk memberikan pandangan mereka.

“Perkara itu akan dihurai nanti oleh Setiausaha Agung yang baharu Fuziah (Salleh). Dalam perjumpaan dengan William Leong yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa (Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia) yang akan berbincang dengan ahli parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya