PKR ada rangka kerja, strategi tawan Kelantan

PKR ada rangka kerja, strategi tawan Kelantan

MOHAMAD Supardi Md. Nor semasa berucap dalam Program Jalinan Mesra MPN Keadilan Kelantan bersama Pengamal Media Kelantan di Kota Bharu, Kelantan malam tadi. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan sudah mempunyai rangka kerja dan strategi untuk menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU 16) nanti namun tidak dapat didedahkan kepada umum.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor berkata, selain itu pihaknya sudah menetapkan parameter bagi membolehkan hala tuju dan strategi ke arah itu dibincangkan bersama parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan kelak.

“Bermakna kerangka kerja dan strategi sudah ada tetapi kita belum boleh menguar-uarkannya lagi. Ini sudah kita putuskan selepas berbincang dengan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.

“Pada 4 November ini, kita akan berbincang mengenai perkara ini dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) pula, iaitu bersama kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP,” katanya kepada pemberita selepas Program Jalinan Mesra MPN Keadilan Kelantan bersama Pengamal Media Kelantan di sini malam tadi.

Mohamad Supardi memberitahu, antara perkara tersenarai dalam kerangka kerja berkenaan adalah membawa barisan kepimpinan baharu, menonjolkan tokoh pimpinan pemuda dan wanita serta kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tumpuan.

Katanya, beliau turut mahu seluruh ahli PKR Kelantan memahami falsafah Kerajaan Madani yang mahu membawa perubahan dalam tatakelola serta sistem untuk menjadikan negara ini lebih baik dengan meletakkan rakyat marhaen sebagai perkara utama.

“Saya mahu kita (PKR) menjadi juara kepada isu serta permasalahan masyarakat termasuk usaha menoktahkan kemiskinan dalam kalangan rakyat Kelantan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya