Pindaan Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah berkaitan buli siber dilulus secara dasar

Pindaan Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah berkaitan buli siber dilulus secara dasar

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini meluluskan secara dasar berhubung pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan buli siber di laman media sosial.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan isu keselamatan dalam talian itu dijangka di bawa ke Parlimen pada sidang kali ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, selain itu, RUU Keselamatan Dalam Talian juga akan dibawa ke Parlimen dalam usaha memastikan penggunaan internet selamat khususnya bagi kanak-kanak dan keluarga.

“Saya tegaskan secara keseluruhan ini ialah langkah yang perlu kita ambil untuk tutup kelompongan dengan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang menjadi pembuli siber.

“Ketika ini, dapatan kajian daripada pihak kerajaan menunjukkan tidak ada takrif tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber. Jadi, ini akan dibawa ke Parlimen,” katanya dalam sidang akhbar khas di Kementerian Komunikasi hari ini.

Susulan itu, Fahmi berkata, pihaknya menjangkakan RUU berkenaan bakal dibentang pada sesi Parlimen untuk bacaan kali kedua pada Disember depan.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim RUU Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan di negara ini.

Katanya, ia bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya membabitkan kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya