PIC, pakar kerjasama kenal pasti punca lumpur di Pantai Esen

PIC, pakar kerjasama kenal pasti punca lumpur di Pantai Esen

PASUKAN pembersihan PIC sedang membersihkan bahan seakan lumpur di Pantai Esen, Pematang Damar Laut, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PIC) bekerjasama dengan pakar alam sekitar bagi menjalankan penyelidikan menyeluruh untuk mengenal pasti punca utama berlakunya fenomena lambakan bahan seakan lumpur di Pantai Esen, berhampiran Permatang Damar Laut, di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PIC, Datuk Seri Farizan Darus, dapatan daripada hasil penyelidikan itu akan diguna pakai untuk penyelesaian jangka panjang iaitu bagi mengurang dan menguruskan kemungkinan berulangnya fenomena berkenaan di lokasi sama.

”Kami mengambil maklum akan kebimbangan komuniti berhubung bahan seakan lumpur yang dikesan di Pantai Esen ketika ini.

”Selepas pembersihan dijalankan, kami akan terus memantau kawasan tersebut untuk menilai sekiranya bahan seakan lumpur itu masih berulang.

“Pemerhatian ini akan menyumbang kepada penemuan yang disediakan oleh para profesional yang dilantik untuk membantu menyelesaikan isu ini secara menyeluruh,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan keadaan Pantai Esen yang dipenuhi lumpur dan air lautnya berbau dan berwarna kehitaman.

P enduduk di kawasan berkenaan mendakwa, keadaan selut tebal berwarna hitam itu dipercayai berpunca daripada kerja tambakan untuk Projek Pulau Silikon yang dijalankan di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Farizan berkata, PIC melalui pemaju projek Silicon Island Development Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif sendiri dengan menggerakkan pasukan untuk membantu usaha pembersihan permukaan Pantai Esen.

“Pasukan yang terdiri daripada 10 pekerja telah membersihkan kawasan berkenaan pada Sabtu lalu.

“Kerja-kerja pembersihan secara manual ini bermula pada pukul 9 pagi serta berlanjutan lebih dari lima jam, dan pasukan ini berjaya mengumpulkan sekitar 20 beg bahan seakan lumpur,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya