IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan menganjur kejohanan antara daerah merebut Piala Menteri Besar tidak lama lagi.
Presiden PAFA, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, kejohanan itu akan menjadi kejohanan utama dalam kalendar Pafa.
Katanya, walaupun tidak lagi terlibat dalam pegendalian pasukan dalam Liga M, Pafa masih boleh memainkan peranan dalam pembangunan bola sepak negeri.
“PAFA akan cuba memainkan peranan berkesan dalam pembangunan bola sepak,” katanya pada majlis Sepetang Bersama Presiden Pafa di sini semalam.
Menurutnya, kejohanan Piala Menteri Besar untuk kategori terbuka dan dijalankan mengikut Parlimen.
Azhar berkata, selepas sembilan bulan hidupkan semula, Pafa tidak berdiam diri sebaliknya melaksanakan aktiviti.
“Kami menganjur kejohanan serta program. Hari ini kami adakan sesi bertemu ‘Pengadil dengan Presiden’.
“Kami mahu peminat tahu bahawa Pafa hidup dan masih berfungsi,” katanya. – UTUSAN