KUALA LUMPUR: Pesara kerajaan yang berumur 65 tahun dan ke atas boleh meneruskan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sekali gus menjawab rungutan pesara kerajaan bagi mendapatkan kemudahan pusat rawatan tersebut.
Katanya, ia setelah kerajaan meningkatkan jalinan kerjasama dengan 91 hospital swasta bagi menyumber luar pesakit Kementerian Kesihatan melibatkan perkhidmatan seperti kardiologi, radiologi dan nefrologi.
“Pendekatan ini secara tidak langsung mewujudkan elemen persaingan mendapatkan harga terbaik buat kerajaan.
“Penyumberluaran akan diteruskan melibatkan Institut Jantung Negara bagi pesakit jantung dari kalangan pesara Kerajaan yang berumur 65 tahun dan ke atas,” katanya yang juga Perdana Menteri. – UTUSAN