Pesara guru wanita rugi RM218,900 ditipu 'phone scam' - Utusan Malaysia

Pesara guru wanita rugi RM218,900 ditipu ‘phone scam’

AZLI MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang juga pesara guru di daerah ini mengalami kerugian RM218,900 selepas menjadi mangsa ‘phone scam’, minggu lalu.

Mangsa pada mulanya telah dihubungi sindiket tersebut yang memperkenalkan diri kononnya daripada sebuah pusat perubatan di Lembah pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa diberitahu mempunyai tuntutan insurans sebanyak RM68,800, namun menafikannya.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan maklumat diri dalam kesalahan undang-undang.

“Pada 24 September lalu, mangsa diarahkan untuk membuka sebuah akaun bank kononnya bagi tujuan pemantauan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Pengadu juga diminta membuat bayaran deposit RM5,000 sebelum memindahkan RM201,900 yang merupakan wang pencen ke dalam akaun bank yang dibukanya itu.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas menceritakan perkara itu kepada anaknya dan mendapati akaun bank terbabit hanya berbaki RM100,” katanya ketika dihubungi dihubungi, hari ini.

Menurut Azli, sejumlah RM218,900 wang pencen dan simpanan mangsa telah dipindah keluar melalui 20 transaksi ke akaun bank lain yang belum dipastikan.

Katanya, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian membuat laporan polis, semalam, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 (Kanun Keseksaan) kerana menipu.

“Orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan panggilan tidak dikenali dan tidak sewenang-wenang memindahkan wang bagi mengelak ditipu ‘scammer’,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya