Pesara guru rugi RM1.7 juta ditipu sindiket `phone scam’

Pesara guru rugi RM1.7 juta ditipu sindiket `phone scam’

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pesara guru berputih mata tertipu dengan tawaran  sindiket ‘phone scam’ yang membabitkan  kerugian  RM1.7 juta. 

Mangsa berusia 72 tahun itu mendakwa  terpedaya dengan sindiket tersebut pada 22 Ogos lalu sebelum  membuat laporan polis pada 9 Oktober.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa mulanya menerima panggilan telefon  yang mendakwa daripada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

“Pemanggil  mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram sebelum panggilan itu  disambungkan  kepada ‘pegawai polis’ di IPD Bintulu.

“Mangsa kemudian diarahkan untuk menyenaraikan semua akaun perbankan miliknya sebelum  diminta mengangkat sumpah untuk merahsiakan perkara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman di Jalan Tun Razak di sini hari ini. 

Menurut beliau, arahan seteruskan meminta mangsa  mengeluarkan semua wang simpanan miliknya sebelum  dimasukkan semula  ke empat  akaun bank milik mangsa sendiri. 

“Sebelum panggilan ditamatkan mangsa diarahkan memasukkan kad bank, maklumat nombor pin serta kad sim telefon yang digunakan ke dalam satu sampul surat sebelum sampul surat itu diletakkan dalam semak berdekatan rumahnya bagi membolehkan pihak penyiasat membuat audit,” katanya. 

 Ramli berkata, mangsa hanya menyedari menjadi mangsa penipuan  apabila mendapati kesemua wang dalam akaunnya kosong.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya