Peruntukan sulung golongan autistik perkasa kebajikan OKU

Peruntukan sulung golongan autistik perkasa kebajikan OKU

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendekatan terbaharu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terhadap golongan autistik diangkat dalam Belanjawan kali pertama tahun 2025.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, cadangan itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet  minggu lalu dan diluluskan jemaah menteri sebulat suara, sekali gus menyifatkan ia satu langkah yang positif dengan turut memberi fokus kepada kebajikan golongan berkenaan.

“Kita berterima kasih kerana baru minggu lepas mesyuarat Kabinet saya menyuarakannya dan Alhamdulillah mendapat RM23 juta bantuan yuran pembelajaran RM30,000 anak autism. Ia bagi meringankan beban ibu bapa yang layak RM15 juta dan membangunkan pusat perkhidmatan autism RM5 juta dan selanjutnya peningkatan kadar wang saku kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu RM3 juta.

“Selain itu, kita ada juga peruntukan kebajikan warga emas merangkumi RM1 bilion meliputi wang saku institusi warga emas, bantuan sosial ekonomi warga emas dan pusat aktiviti warga emas dan juga unit penyayang warga emas dan geran operasi institusi warga emas kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ada RM20 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, di sini, hari ini.

Nancy dalam masa yang sama turut menyifatkan peruntukan tersebut adalah bagi memelihara golongan OKU sebanyak RM1.3 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN