Peruntukan SPRM ditambah kepada RM360 juta

Peruntukan SPRM ditambah kepada RM360 juta

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruntukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkatkan kepada RM360 juta ketimbang RM338 juta pada tahun depan.

 

Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya untuk SPRM menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan. 

 

Angka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus penangkapan dan pembukaan kertas siasatan untuk tahun 2023 ketimbang sebelumnya.

 

Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) telah digubal bagi menghapus segala bentuk rasuah melalui strategi ampuh dan terperinci. 

 

Antara ikhtiar lain yang menyusul ialah RUU Kebebasan Maklumat dan RUU Perolehan kerajaan bertujuan memperkasa tatakelola dan kecekapan perkhidmatan awam-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN