Peruntukan RM20 juta disalur terus kepada Kada - Exco

Peruntukan RM20 juta disalur terus kepada Kada – Exco

TUAN MOHD. SARIPUDIN TUAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peruntukan RM20 juta untuk kerja-kerja mereka bentuk, membina dan menyiapkan pam mudah alih di Kemubu dan Lemal, disalurkan terus kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kemubu).

Peruntukan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Mei lalu bagi pembelian pam air untuk kegunaan pesawah di Kelantan.

Pengerusi Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, peruntukan itu melibatkan pembekalan, pemasangan 88 cusec pam masing-masing dengan lapan nos di Kemubu dan empat nos di Lemal termasuk proses pengukuhan tebing dan kerja-kerja yang berkaitan.

“Pemilihan kontrak telah dibuat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Kerja-kerja pembinaan akan bermula pada penghujung Oktober ini dan siap Julai 2025.

“Pada 18 September lalu, kerajaan negeri sudah meluluskan cadangan pelaksanaan projek pembaikan cerucuk keping di Stesen Pam Kemubu melibatkan peruntukan sebanyak RM 21 juta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tuan Mohd. Saripudin memberitahu, peruntukan itu disalurkan terus kepada pihak Kada untuk kerja-kerja tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan KPKM dan Kada bagi memastikan pelaksanaan kedua-dua projek berjalan lancar sekaligus memberikan manfaat kepada para pesawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya