Peruntukan RM100 juta diperlukan atasi banjir - Utusan Malaysia

Peruntukan RM100 juta diperlukan atasi banjir

KEADAAN banjir yang berlaku di Taman Alamanda 3, Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu memerlukan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membina kolam takungan bagi menyelesaikan masalah banjir di bandar raya ini.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif berkata, sebanyak lima lokasi dikenal pasti kerap berlaku banjir iaitu Taman Alamanda, Taman Seri Intan, Kuala Ibai, Kampung Atas Tol dan di Taman Permin Perdana di Seberang Takir.

Katanya, MBKT akan berkolaborasi dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk memohon peruntukan daripada kerajaan Pusat bagi melaksanakan projek pembinaan kolam takungan bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan terlibat

“Kita memerlukan peruntukan lebih RM95 juta untuk pembinaan dua kolam takungan bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan berkenaan dan permohonan peruntukan telah dikemukakan kepada kerajaan Pusat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rosli berkata demikian ketika mengulas persiapan MBKT menghadapi banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku November depan.

Pada masa sama, beliau memberitahu, MBKT dan JPS juga melakukan kerja-kerja pembersihan longkang dan parit secara berkala setiap masa.

“Setakat ini, MBKT dan JPS menggunakan peruntukan jabatan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan parit dan longkang tersebut,” katanya.

Utusan Malaysia pada 28 Oktober lalu melaporkan kawasan Pantai Timur di Semenanjung negara dijangka berdepan banjir berikutan kemungkinan berlakunya peristiwa La Nina yang diramal meningkat kepada 60 peratus pada Oktober hingga
Disember ini.

Ketua Kumpulan Penyelidikan Hidraulik dan Hidrologi Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Nor Eliza Alias dilaporkan berkata, secara umum, perubahan cuaca itu menyebabkan perubahan pada corak hujan menjadi lebih ekstrim dari segi spatial, temporal dan skala.

Katanya, ia menjadi faktor kepada kemunculan bencana baharu seperti aliran puing yang lebih kerap, ribut taufan lebih intens dan pergerakan typhoon yang lebih lambat tetapi kuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya