PETALING JAYA: Kerajaan menambah peruntukan Parlimen kepada RM180 juta dalam Belanjawan 2025 berbanding RM166 juta Belanjawan 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani terus memelihara kebebasan institusi Parlimen.
Katanya, sebahagian peruntukan adalah untuk memperkasa peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebagai wadah semak dan imbang.
“Sejumlah RM20 juta disediakan untuk menyokong All-Party Parliamentary Group Malaysia Sustainable Development Goals yang merentasi kawasan Parlimen dan parti politik,” katanya. – UTUSAN