PETALING JAYA: Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan Felda, FELCRA dan RISDA kepada RM2.6 bilion ketimbang RM2.4 bilion.
Selain itu, insentif galakan kepada pekebun kecil menanam semula sawit juga diteruskan bagi menggantikan sawit tua yang tidak lagi produktif dengan peruntukan RM100 juta.
Petronas akan menjalin kerjasama dengan SD Guthrie dan FGV Holdings Berhad bagi penghasilan biobahan api penerbangan mampan (SAF) daripada sisa kilang kelapa sawit. – UTUSAN