Peruntuk RM18 juta, MAIS serius bantu individu baiki akidah, akhlak

Peruntuk RM18 juta, MAIS serius bantu individu baiki akidah, akhlak

MAIS
NORZAIHAN Mohd. Zain (tengah) dan Norraini Nordin (kiri) bergambar bersama para penerima anugerah dalam Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan 2024, di Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kira-kira RM18 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi melaksanakan program pemulihan riqab menerusi pusat-pusat perlindungannya di seluruh negeri.

Timbalan Setiausaha (Operasi), Dr. Norzaihan Mohd. Zain berkata, bantuan tersebut adalah secara keseluruhan pada setiap tahun dalam inisiatif MAIS membantu memberi perlindungan dan bimbingan kepada individu yang mengikuti programnya.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut juga sebanyak RM3 juta diperuntukkan pada tahun ini bagi operasi Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Di pusat tersebut lebih 250 wanita dibantu sepanjang lima tahun sejak 2019.

“Kalau riqab kira-kira RM18 juta (diperuntukkan), tetapi kita di Baitul Ehsan, RM3 juta. Kita ada tiga jenis perlindungan, satu untuk HIV dan dadah, kedua rumah perlindungan lelaki dan ketiga di sini (Baitul Ehsan). Peruntukan itu termasuk rumah-rumah perlindungan yang lain.

“Dana tersebut diperolehi menerusi zakat untuk asnaf. Kita juga macam rumah perlindungan yang diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya, pun kita beri peruntukan juga, termasuk dalam peruntukan (RM18 juta),” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan 2024, hari ini.

Tambahnya, MAIS dalam pembinaan satu pusat untuk menggantikan Baitul Ehsan, tetapi ia masih dalam proses termasuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Buat masa ini, pusat perlindungan MAIS menerima kemasukan pelatih dari Selangor, tetapi kami juga ada menerima pelatih dari MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu). Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP),” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Dr. Norraini Nordin memberitahu, terdapat kategori-kategori kemasukan pelatih ke pusat perlindungan seperti perintah mahkamah atau secara sukarela dan menjalani bimbingan untuk tempoh masa ditetapkan.

“Bagi pelatih di bawah perintah mahkamah, pelatih perlu menjalani bimbingan dan pemulihan selama enam bulan. Tetapi, di MAIS kita sediakan program bimbingan antara enam bulan hingga setahun atau tiga tahun.

“Kalau kemasukan secara sukarela, pelatih biasanya mengikuti bimbingan dan pemulihan selama setahun. Pelbagai bentuk bimbingan dan pendedahan diberikan termasuk bidang akademik, kemahiran dan Fardhu Ain,” katanya.

Jelasnya, baru-baru ini merancang inisiatif Riqab Rabbani sebagai usaha untuk melahirkan individu yang beradab, akidah terpelihara serta kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

“Antaranya kita memperkasakan semula guru-guru, modul bimbingan yang kontemporari serta mengikut keadaan semasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya