Perunding kewangan tidak mengaku salah guna kad ATM bekas guru

Perunding kewangan tidak mengaku salah guna kad ATM bekas guru

Seorang perunding kewangan ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalah guna kad bank milik bekas gurunya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang perunding kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalah guna kad bank milik bekas gurunya dan  salah guna wang sebuah syarikat, dua tahun lalu. 

Tertuduh, Amir Asyraf Abdullah, 50, didakwa menyalahguna kad mesin juruwang automatik (ATM) milik bekas gurunya di sebuah restoran di Bangsar, pada Februari 2022.

Wang pinjaman berjumlah RM161,000 bagi tujuan pembelian rumah dan penstrukturan kewangan mangsa  dimasukkan ke dalam kad ATM tersebut sebelum dipindahkan ke akaun syarikat milik tertuduh.

Selain itu, Amir Asyraf juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan salah guna wang syarikat milik menantu bekas gurunya itu iaitu wang tunai berjumlah RM118,147 bagi kegunaan sendiri di sebuah hotel di Chow Kit, di sini antara 29 Jun dan 30 September 2022.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum  enam bulan dan maksimum enam tahun dan sebutan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan.

Bagaimanapun, peguam bela, Mohd. Syawal Mohd. Razak yang mewakili Amir Asyraf memohon jumlah jaminan yang rendah kerana tertuduh mempunyai penyakit ‘anxiety’ dan serangan panik.

“Jaminan sebanyak RM50,000 bagi satu pertuduhan terlalu tinggi dan tertuduh tidak akan mampu jamin diri beliau. Mohon satu budi bicara mahkamah berikan jaminan yang rendah kepada tertuduh,” kata Mohd. Syawal.

Hakim Hamidah Mohammed Deril kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 November ini bagi sebutan semula kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya