Perubahan cuti hujung minggu Johor: Urusan Kerajaan Persekutuan, negeri diselaras - Utusan Malaysia

Perubahan cuti hujung minggu Johor: Urusan Kerajaan Persekutuan, negeri diselaras

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Urusan perkhidmatan kerajaan antara Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor akan diselaraskan supya tidak berlaku gangguan selepas cuti hujung minggu negeri berkenaan diubah semula kepada Sabtu dan Ahad pada Januari tahun depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan diuruskan dengan baik supaya tidak berlaku sebarang isu dari segi perkhidmatan terutama oleh agensi-agensi Persekutuan.

“Titah pemangku Sultan Johor di peringkat Jemaah Menteri hari ini tidak dibincangkan.

“Tapi, semestinya dari segi penyelarasan di peringkat pusat dan juga peringkat negeri itu dari segi pentadbiran memang akan diuruskan supaya tidak berlaku apa-apa isu dari segi memberi perkhidmatan terutama oleh agensi-agensi Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Semalam, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan berkata, cuti hujung minggu di negeri ini akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, perkara tersebut mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Bermula 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim telah mengubah cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Perubahan itu sebelum ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya