Pertukaran cuti hujung minggu Johor: Kategori sekolah diletak negeri kumpulan B

Pertukaran cuti hujung minggu Johor: Kategori sekolah diletak negeri kumpulan B

KPM menyenaraikan Johor sebagai kumpulan B selepas negeri itu menetapkan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyenaraikan Johor sebagai kumpulan B selepas negeri itu menetapkan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu.

KPM dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

“KPM mengambil perhatian pertukaran semula cuti hujung minggu di Johor kepada hari
Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025 seperti dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tengku Mahkota Ismail Sultan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, institusi pendidikan negeri Johor akan diletakkan bersama-sama dengan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor dalam Kumpulan B,” katanya hari ini.

KPM berkata, ia juga akan membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

Untuk rekod, negeri kumpulan A membabitkan sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tunku Mahkota Ismail sebelum ini bertitah, baginda sudah menitahkan perkara tersebut kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.

Sultan Ibrahim menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu sebelum ini sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Perubahan itu sebelum ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya