Pertandingan JESAWIL 2024 tan barangan kitar semula

Pertandingan JESAWIL 2024 kumpul 68.2 tan barangan kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pertandingan Jelajah Sekolah Angkat Wira Lestari (JESAWIL) 2024 yang dikuasakan oleh KITARecycle, telah berjaya mengumpul sebanyak 68.2 tan barangan kitar semula dalam tempoh empat bulan program berlangsung bermula Mei hingga Ogos lalu.

Pertandingan anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) itu secara rasminya melabuhkan tirai pada 22 September 2024.

Rentetan itu, Karnival Wira Lestari 2024 telah diadakan di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh pada 21 dan 22 September 2024 bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kelestarian alam sekitar dan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

Menurut pengarah program, Dr. Roslinda Ali penganjuran Karnival Wira Lestari 2024 itu merupakan titik permulaan kesinambungan program JESAWIL yang pertama kali dianjurkan pada tahun 2023.

Tambah beliau, bagi tahun ini, penyertaan JESAWIL melibatkan 42 sekolah rendah dan 20 sekolah menengah di sekitar negeri Johor, dengan mempertaruhkan lima kategori bagi merebut gelaran

Ikon Wira Lestari 2024.

“Selain itu, satu kategori terbuka turut diperkenalkan bagi melihat sejauh mana kreativiti pelajar menarik minat orang ramai mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN