Persekutuan Pengakap Malaysia mahu tampil imej baharu, pastikan kekal relevan

Persekutuan Pengakap Malaysia mahu tampil imej baharu, pastikan kekal relevan

JOHARI Abdul beramah mesra dengan ahli pengakap pada Majlis Makan Malam Amal Persekutuan Pengakap Malaysia 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persekutuan Pengakap Malaysia sedang dalam proses menyuntik nafas baharu kepada jenama itu bagi memastikan organisasi berkenaan kekal dinamik, relevan dan menarik.

Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, proses tersebut bakal memberikan imej lebih segar dan relevan kepada masyarakat.

“Untuk memastikan Persekutuan Pengakap Malaysia terus maju, kita telah melancarkan pelbagai inisiatif strategik, termasuk melaksanakan program yang menarik dan mencabar, memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kerjasama global.

“Salah satu aspek yang menjadi fokus utama adalah memperkenalkan elemen STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta matlamat pembangunan mampan (SDG) dalam program kepengakapan, supaya ahli pengakap kita lebih bersedia menghadapi dunia moden,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Amal Persekutuan Pengakap Malaysia di sini hari ini.

Majlis makan malam itu bertujuan meraih dana bagi membiayai aktiviti serta pengurusan Persekutuan Pengakap Malaysia, selain menjadi platform untuk membuka ruang kepada masyarakat serta badan-badan berkaitan mengenali dengan lebih mendalam misi, visi, dan peranan pengakap.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengakap memainkan peranan penting dalam menyokong aspirasi pembangunan negara dengan pelbagai program menarik serta membantu melahirkan belia yang berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran kontemporari.

“Pengakap telah sekian lama menjadi platform bagi muda-mudi mengembangkan sahsiah diri, kemahiran kepimpinan dan nilai murni di samping membentuk generasi yang berdisiplin, berwawasan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat serta persekitaran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya